SELAMAT DATANG KE BLOG PEMASARAN JUALAN, DIGITAL & LANGSUNG

Sunday, 9 October 2016

Thank you semua....


Akhirnya tamat sudah nota bagi tajuk kita ni... hehehe.. kami harap adik-adik semua mendapat manfaat dengan adenye nota yang disediakan ini. Kami juga berharap agar adik-adik semua dapat menentu dan menyatakan dengan jelas akan perbezaan diantara pemasaran jualan, pemasaran digital serta pemasaran langsung. 

Sebelum kami mengundurkan diri, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa tugasan ini dijalankan. We all juga ingin mengucapkan berjutaan terima kasih kepada semua yang sedia melawat dan mengikuti blog kami yang tak seberapa ini. Bye bye... moga kita jumpa lagi... =D

Mawar melati indah ditaman,
Indah lagi kembang selasih,
Akhir kata kami ucapkan
Cukup sekian dan terima kasih.



STRATEGI DIGITAL




  • Internet merupakan satu cara pertukaran maklumat dan berkomunikasi yang meluas di seluruh dunia melalui satu siri komputer-komputer yang saling berkaitan.
  • Menawarkan kemampuan komunikasi yang pantas dan serba boleh.
  • Inisiatif-inisiatif berasaskan internet mengembangkan industri-industri global dan syarikat-syarikat dengan meluas serta pelbagai kejayaan dan kegagalan yang telah diransang oleh jangkaan-jangkaan yang terlampau optimis dan pelaksaan yang silap.
  • B2B yang menggunakan internet adalah jauh lebih luas capaiannya berbanding penyesuaian pengguna internet.
  • Impak perubahan digital amat memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang terlalu bergantung kepada aliran maklumat.
  • Contohnya perkhidmatan maklumat. Seperti jualan buku-buku secara atas talian (Amazon.com), dan capaian muzik serta penerbangan.
  • Internet juga telah menggalakkan kepada pembangunan ‘consumer-generated-content’ untuk sesetengah pengiklanan.
  • Contohnya The Hub yang merupakan laman web bagi Wal-Mart telah ditaja bersama Sony.



STRATEGI PEMBANGUNAN
1. Untuk menentukan peranan strategi-strategi digital dalam keseluruhan perniagaan danstrategi-strategi pemasaran organisasi.

2. Ianya melibatkan satu model perniagaan yang berasingan, satu saluran rantaian nilai, satu alatan komunikasi pemasaran, atau satu medium pengiklanan

      3. Contohnya :
o   Lanskap komunikasi baru: 
    > Pendigitalan telah memberi kesan kepada rataian nilai kebanyakkan syarikat dan telah membawa perubahan-perubahan yang radikal di dalam cara dimana maklumat disebarkan dan diterjemahkan dalam masyarakat.
   > Pertumbuhan pesat dalam media sosial telah menawarkan kedua-dua cabaran dan peluang dalam strategi komunikasi pemasaran.

o   Peranan agensi pengiklanan
 > Kebanyakkan agensi pengiklanan utama telah membuat usaha-usaha lanjutan bagi menggabungkan kebolehan-kebolehan digital kedalam aktiviti-aktiviti tradisional secara efektif.

o   Impak media sosial: 
  > Media sosial terdiri daripada platform-platform seperti Facebook dan Bebo.
  > Pemasaran dihubungkan kepada blog-blog dan laman-laman web baru yang kompleks, laman-laman jaringan seperti Twitter, Linkedln untuk golongan profesional, laman-laman kandungan seperti Flickr dan Youtube, dan juga laman permainan sosial seperti Zynga.
  > Capaian yang mudah kepada laman-laman media sosial seperti Facebook, Linkedln dan Twitter menawarkan potensi untuk terlibat dalam hubungan langsung dengan pelanggan pada kos yang lebih rendah berbanding media tradisional.

o   Model-model perniagaan baru
  > Internet menawarkan potensi yang bukan hanya untuk cara-cara baru komunikasi sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran tetapi juga bentu-bentuk komunikasi baru yang berasaskan kepada hubungan peer-to-peer dan komunikasi.
  > Contohnya, media sosial membeli belah, dimana jaringan individu-individu yang berkongsi ciri-ciri produk dan gelagat pembelian menjadi semakin penting


Menentukan Objektif-objektif Internet

Keupayaan-keupayaan Internet terbahagi kepada dua kategori utama iaitu:
# Satu medium komunikasi
Suatu medium maklumbalas langsung yang membolehkan pengguna-pengguna untuk membuat pembelian dan penjualan produk-produk

Antara ciri-ciri komunikasi Internet adalah:
1) Mencipta kesedaran dan minat
§  Pengiklanan di Internet menawarkan kelebihan yang penting kepada syarikat.
§  Peluang untuk pendedahan global menyediakan satu kebolehan pembinaan jenama produk.

v    2) Penyebaran maklumat
§  Penyediaan maklumat produk, permohonan, dan syarikat adalah penting dan penting dalam pasaran persaingan.
§  Menawarkan peluang hubungan langsung satu-ke-satu (bersemuka).

v    3) Mendapatkan maklumat kaji selidik
§  Internet menawarkan satu cara yang efektif kos untuk mendapatkan maklumat seperti profil pengguna.
§  Terdapat kerisauan yang telah disuarakan berikutan pencerobohan privasi pengguna.

v     4) Pembinaan jenama
§  Capaian kepada pengguna-pengguna menyediakan peluang untuk membina satu jenama yang unik berbanding dengan media lain.
§  Menekankan kepentingan pembangunan rekabentuk laman web yang efektif.

v      5) Meningkatkan khidmat pelanggan
§  Internet menyediakan satu tempat hubungan pelanggan selepas jualan.


Strategi Digital
Ø  Pembinaan dan perlancaran perniagaan baru bagi membolehkan para pembeli untuk membeli produk merupakan satu inisiatif penting.

Ø  Perancangan yang tidak cukup akan membawa kepada kegagalan perniagaan berasaskan web

Ø  Beberapa keputusan yang saling berkait perlu dilakukan:
            J  Kumpulan pengguna manakah yang perlu diberikan perkhidmatan
J Bagaimanakah saya menyediakan satu set faedah yang menarik kepada pelanggan sasaran saya? Bagaimanakah saya membezakan “penawaran nilai” saya dengan persaing atas talian dan langsung?
J  Bagaimanakah saya berkomunikasi dengan pelanggan?
J  Bagaimanakah saya harus menstruturkan organisasi saya? Apakah pilihan servis-servis perniagaan dan perisian aplikasi yang perlu saya pertimbangkan?
J Siapakah rakan kongsi berpontensi saya? Kebolehan siapakah yang akan melengkapkan kami?
J  Bagaimanakah perniagaan ini menyediakan nilai kepada pemegang-pemegang saham?


Pengukuran Kecekapan Internet
> Masalah-masalah pengukuran kecekapan yang berkaitan dengan Internet adalah amat mencabar

·    > Penilaian kualiti dan kesesuaian sumber altenatif pengukuran memerlukan pernilaian yang                 mendalam oleh setiap organisasi yang melaksanakan strategi-strategi Internet.

   > Pengukuran bagi kecekapan Internet melibatkan ukuran tertentu contohnya click, kajian-kajian silang-media, dan ukuran-ukuran tradisional (ingat dan pengekalan, kajiselidik, jualan,dan penjejakan).

that all for today.. kita jumpe lagi nanti.. bye bye..=D



Tuesday, 4 October 2016

CONTOH PEMASARAN SECARA LANGSUNG


Hai guys.. Jom kita santai-santai smbil tengok video promosi produk D'herb ni.. jom jom jom.. kan dah seharian kita penatkan apa lagi jom relaxkan badan dengan tngok video ni.. Peace..=D 

Untuk pengetahuan semua video ni dibuat sendiri tau oleh pengasas dia iaitu Dato' Alif Syukri.. Sape yang tak tengok tu mmg rugi.. Sooo have funn... 

STRATEGI – STRATEGI PEMASARAN LANGSUNG


Ø  Tujuan pemasaran langsung adalah untuk membuat hubungan secara langsung dengan pelanggan pengguna akhir melalui alternatif media. Contohnya:
ü  komputer
ü  telefon
ü  peranti mudah alih
ü  mel
ü  kiosk
ü  dan lain-lain

Ø  Kebanyakan kaedah-kaedah pemasaran langsung adalah tersedia, di mana setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


Sebab-sebab Menggunakan Pemasaran Langsung
ð  Populariti pemasaran langsung didorong oleh satu kombinasi faktor-faktor iaitu:
Ø  Tren-tren sosioekonomi
-      Tren ekonomi menjadikan ketersediaan pembelian pemasaran sebagai menarik kepada pembeli.
-   Pembelian melalui saluran langsung adalah lebih menjimatkan masa dan menyelesakan berikutan kekangan masa yang dihadapi oleh pembeli.
-    Pembeli boleh membuat pembelian dari rumah kerana ia dapat menjimatkan masa selain daripada dapat mengelakkan kesesakan sewaktu membeli-belah.

Ø  Kos-kos capaian yang rendah
-          Kos perhubungan adalah jauh lebih rendah berbanding jualan bersemuka.
-   Ketersediaan pangkalan data yang boleh menyasarkan kumpulan pelanggan tertentu membolehkan syarikat untuk menyasarkan pembeli secara terpilih.
-   Contoh: American Express boleh memsarkan produk kepada pengguna kad kredit mereka.ketersediaan kad kredit secara tidak langsung dapat memudahkan proses pembayaran.

Ø  Pengurusan pangkalan data
-       Ketersediaan pangkalan data berkomputer merupakan satu penentu penting bagi kejayaan pemasaran langsung.
-    Maklumat yang terkandung dalam system tersebut termasuklah data dalaman pelanggan, data pembelian pelanggan dan prospek
-       Maklumat-maklumat ini dapat digunakan untuk menghasilkan senarai mel dan senarai prospek  serta untuk mengenalpasti segmen pasaran.

Ø  Nilai
-    Maklumat membeli-belah yang disediakan memberikan pembeli satu kelompok nilai dalam kebanyakan situasi pembelian.
-   Pengurusan pangkalan data yabg efektif membolehkan pemasaran langsung untuk mengenalpasti pembrli yang membuat pembelian secara berterusan.
-   Perbezaan keperluan dan kehendak pembeli dapat dikenali sekaligus dapat meningkatkan nilai yang ditawarkan oleh pemasar langsung.


Kaedah – Kaedah Pemasaran Langsung
> Pemasaran Tele-marketing,  melalui peranti mudah alih (mobil), media respon langsung, media atas talian dan pemasaran atas kiosk.
> Melalui peranti-peranti mudah alih, penyebaran pesat dengan penggunaan telefon-telefon pintar seperti Blackberry, Iphone dan peranti-peranti pad, contohnya Ipad. Peranti-peranti ini menyediakan satu kaedah yang semakin berkembang terhadap capaian langsung individu-individu yang disasarkan. > Capaian kepada pengguna-pengguna peranti mudah alih ini menekankan kepada penggunaan pesanan teks dan mesej segera, sebagaimana juga dengan e-mel.



Tele-marketing
  1. ·         Terdiri daripada penggunaan panggilan telefon di antara pembeli dan penjual bagi melaksanakan kesemua atau beberapa fungsi jualan
  2.               Menawarkan dua kelebihan utama iaitu kos hubungan yang rendah dan capaian yang cepat oleh kedua-dua pihak


Media respon langsung (segera)
·        >  Kebanyakan syarikat menggunakan televisyen, radio, majalah dan surat khabar untuk memperolehi jualan daripada pembeli-pembeli langsung
·         > Maklumbalas-maklumbalas langsung daripada pengiklanan diperolehi melalui mel, telefon dan faks atau secara atas talian.
·         > Melalui majalah-majalah, surat khabar dan radio menawarkan satu pengiklanan pemasaran langsung yang meluas.

      Kiosk membeli belah
  • ·   Sama seperti konsep mesin-mesin layan diri, kiosk turut menawarkan para pembeli peluang untuk membuat pembelian daripada satu kemudahan yang terletak di dalam sesebuah kompleks membeli-belah ataupun kawasan-kawasan awam lain.
  • ·         Biasanya kiosk mempunyai pautan Internet
  • ·         Contoh : pembelian tiket penerbangan


     Membeli belah atas talian
  • ·         Dua kaedah utama pemasaran langsung adalah melalui pesanan melalui komputer oleh syarikat-syarikat kepada pembekal mereka dan pengguna akhir dan pengguna industri membeli-belah melalui internet
  • ·         Pesanan melalui komputer membantu penjual untuk mewujudkan satu pautan yang rapat kepada pelanggan-pelanggan dan mengurangkan kitaran pesanan.
  • ·     Banyak syarikat yang mengambil peluang ke atas potensi pemasaran langsung kepada pengguna-pengguna komputer. 
  •      Terdapat 3 jenis jaringan seperti Internet sendiri sebagai satu pautan global jaringan-jaringan komputer yang mempunyai perisian asas yang sama, kedua Intranet iaitu kebolehan dalaman sesebuah syarikat dengan menggunakan perisian internet terpiawai dan yang ketiga Extranet yang menyediakan rakan-rakan kongsi luar dengan capaian kepada Intranet

Mari kita semua renungkan bersama-sama.. peace... =)


CONTOH-CONTOH PROMOSI JUALAN


Promosi secara Iklan

Promosi secara banner

Jualan secara digital

Salam.. ni adalah antara contoh Promosi Jualan yang banyak dilakukan oleh penjual pada masa kini.

So dari promosi macam nilah yang kita semua mula mengenal D'herh Terlajak Laris... =D 

STRATEGI TENAGA JUALAN 2

Peranan Jualan Dalam Strategi Promosi 

Tanggungjawab-tanggungjawab jurujual adalah daripada mengambil tempahan atau pesanan daripada para pelanggan sehinggalah kolaborasi yang ekstensif sebagai perunding kepada pelanggan-pelanggan.


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Peranan Jualan Peribadi
1)      Objektif pemasaran firma, strategi, dan sumber
  • Objektif-objektif yang telah ditugaskan kepada jurujual kerap melibatkan hasil-hasil jualan yang dijangkakan oleh pihak pengurusan
  • Antara objektif-objektif lain  iailah meningkatkan akaun-akaun baru, menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan organisasi saluran, mengekalkan pelanggan, memilih dan menilai perantara rantaian nilai dan mendapatkankan maklumat pasaran.
2)      Pasaran sasaran
3)      Ciri-ciri produk
4)      Polisi pengedaran
5)      Polisi harga
6)      Tugas-tugas komunikasi yang perlu dicapai oleh campuran promosi
7)      Penekanan ditumpukan kepada jualan peribadi berbanding dengan alat promosi lain
8)      Aktiviti jualan peribadi khusus yang diperlukan
9)      Dasar pengurusan akaun

Komponen-komponen campuran promosi yang lain seperti pengiklanan, menyokong dihubungkan kepada tenaga jualan.


Jenis-Jenis Tugas Jualan
1.      Jurujual perniagaan kepada pelanggan
·         Menjual kepada pengguna-pengguna muktamad atau pengguna akhir
·         Contohnya jualan pintu ke pintu, jualan insurans, broker-broker hartanah dan jualan kedai
2.      Jurujual perniagaan kepada perniagaan (B2B)
·         Jualan ini dilakukan kepada penjual-penjual semula
·         Contohnya pemborong, peruncit, pengguna-pengguna perniagaan serta institusi-institusi
·         Tugas jualan ialah penjualan perniagaan baru, penjualan perdagangan, penjualan mubaligh, penjualan rundingan/teknikal


Pengenalpastian Proses Penjualan
1)      Mencari gali untuk pelanggan-pelanggan
2)      Pembukaan hubungan
3)      Prospek yang layak
4)      Penyampaian mesej jualan
5)      Penutupan jualan
6)      Khidmat akaun


Saluran-Saluran Perniagaan
  • Pemilihan suatu saluran jualan tertentu adalah dipengaruhi oleh kuasa pembelian para pelanggan, tahap-tahap saluran jualan, dan kompleksiti hubungan pembeli-penjual.
  • Saluran perniagaan ditentukan oleh pihak pengurusan dimana :

 = Saluran mana yang akan digunakan untuk menghubungi ahli-ahli rantaian nilai dan pengguna akhir.
Bagaimana tele-pemasaran, internet, dan pemasaran langsung akan digunakan untuk menyokong tenaga jualan.


Membangunkan Organisasi Jualan
  1. Pembangunan organisasi jualan ditentukan oleh dua faktor iaitu rekabentuk organisasi dan penggunaan tenaga jualan.
  2. Rekabentuk organisasi yang digunapakai haruslah menyokong strategi tenaga jualan firma.
  3. Terdapat satu tren penting kearah rekabentuk-rekabentuk yang memfokuskan kepada pelanggan-pelanggan (berpandukan pasaran)  berbanding produk atau kawasan geografi sebagai asas untuk rekabentuk organisasi jualan.
  4. Rekabentuk organisasi jualan juga perlulah bersesuaian dengan strategi penjualan dan strategi-strategi program pemasaran lain.

Rekabentuk-Rekabentuk Organisasi Jualan
# Rekabentuk-rekabentuk ini haruslah mengambilkira skop portfolio produk dan perbezaan-perbezaan dalam keperluan-keperluan pelanggan.
#   Rekabentuk berpandukan pasaran adalah amat  dipengaruhi oleh asas pelanggan  walaupun lokasi geografi mungkin turut mempengaruhi rekabentuk tersebut.
# Rekabentuk produk/pasaran mengambilkira kedua-dua faktor dalam menentukan bagaimana organisasi akan distrukturkan.
# Keperluan-keperluan pelanggan yang sama dan kepelbagaiaan produk yang kompleks pula menjurus kepada rekabentuk berpandukan produk.


Penggunaan Tenaga Jualan
  • Analisis penggunaan tenaga jualan perlulah mengambilkira kedua-dua iaitu faktor jurujual dan faktor-faktor yang tidak dapat dikawal.
  • Faktor jurujual ialah menentukan berapa ramai tenaga jualan yang diperlukan dan bagaimana untuk menggunakan atau mengagihkan mereka kepada pelanggan-pelanggan dan prospek-prospek.
  •  Faktor yang berada di luar kawalan jurujual sering mempengaruhi hasil-hasil jualan mereka, seperti potensi pasaran, bilangan dan lokasi pelanggan, kepadatan persaingan, dan kedudukan pasaran ( jenama) syarikat.
  •  Kaedah yang digunakan untuk menganalisis saiz dan penggunaan tenaga jualan dalam usaha penjualan:
> Analisis hasil / kos
     > model-model faktor tunggal 
     > Model-model maklum balas jualan
     >  Model-model penggunaan portfolio

 Okey guys sebelum kita masuk ke topic seterusnya, kita orang nak anda semua terus
berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai impian you guys... Chayoi..!!!